Affiliate Marketing – Cara mudah buat duit online

Apabila memulakan bisnes internet anda sebagai seorang newbie, jalan termudah dan paling cepat untuk melakukannya ialah melalui affiliate marketing.

Jadi apakah sebenarnya Affiliate Marketing itu? Dalam definisi paling ringkas, ia adalah usaha promosi yang anda lakukan untuk produk atau servis orang lain dan sebagai tukarannya, anda akan mendapat komisyen dari setiap jualan yang berjaya dilakukan.

Hakikatnya Affiliate Marketing berpotensi menjadi satu bidang yang sangat menguntungkan jika anda benar-benar telah menguasai teknik-teknik yang berkaitan dengannya.


Jadi bagaimana anda boleh memulakan bisnes Affiliate Marketing anda?

Daftarkan diri anda dengan syarikat yang menawarkan program affiliate.

Menjana pendapatan online melalui affiliate marketing adalah mudah dan cepat. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mendaftarkan diri sebagai affiliate dengan syarikat yang menawarkan program affiliate untuk produk mereka.

Pendaftaran adalah percuma walaupun ada sesetengah syarikat dan network yang mengenakan yuran tertentu. ClickBank adalah syarikat yang bagus untuk anda mulakan pembabitan dalam affiliate marketing kerana ia menyediakan ribuan produk digital yang boleh anda promosikan.

Read more